Skip to main content

kau

diri ini tidak mampu berkata lagi
hadirnya engkau di dalam mimpi
bertanya kan khabar lalu pergi
apakah maksud disebalik semua ini
kerana kau si penjaga hati
aku masih terfikir fikir 
apakah kau akan datang kembali

kau,
manusia yang dicintai
hadirmu membawa satu erti
di mana kau menggunakan kata sebagai pehangat cinta
dan kata kata manis untuk menyedapkan kata

duhai kekasih, 
kau bukan lagi kekasih
kau hanya durjana
merosakkan hatiku, akal fikiran dan juga perasaan
sewaktu aku perlukan
sewaktu aku inginkan 
sewaktu aku jatuh dan bangun

duhai kekasih
kau masih di sini
di dalam hati 
masih ada cinta yang murni 
buat diri ku pada kau kekasih
tapi mula pudar sedikit demi sedikit
kerana memori hitam yang kita lalui
buat aku jauhkan diri

puisi hanya sekadar puisi
tidak bermaksud apa apa di hati
dikala bosan aku menulis
untuk kepada yang sedang meniliti
bait bait puisi pada yang mengerti

Comments

Popular posts from this blog

rahsia_

rahsia. manusia sentiasa berahsia. sama ada perkara yang kecil mahupun tidak. manusia akan berahsia. rahsia. manusia akan berdiam diri. tanpa berkata apa-apa mengunci kan bibir, membatu. tiada apa yang perlu diberitahu. rahsia. satu perkara yang disembunyikan kepada seseorang yang kau tak patut ceritakan. kerana namanya rahsia. kau tidak pedulikan kebenaran seseorang yang mereka perlukan. rahsia. manusia sering berahsia. kerana tindak tanduknya yang takut dihina. kerana cara manusia yang tiada sempurnanya. akhirnya manusia berahsia. rahsia. aku juga sering berahsia. kerana manusia tidak sempurna. kerana manusia hanyalah manusia. kerana itu mereka berahsia. rahsia. manusia gemar berahsia. kerana memegang pada satu kata kata. kerana mulut badan binasa. begitu juga diri empunya. rahsia. manusia cintakan rahsia. tapi tidak apa, sedangkan tupai lagi terjatuh. apatah lagi manusia di dunia. rahsia. tetap menjadi rahsia. satu hari nanti rahsia akan t...

A big step

after a few months at home due to MCO things, I decide to open my online-shop in Shopee . As you know, Shopee is one of the marketplace where everyone can sell and buy your stuffs, no matter big or small, cute or what, essential or necessary things. people like to scroll down in Shopee App just to get whatever they want.  so, back to my topic, I sell a lot of things in my 'shop', we've got Absolute Popcorn with caramel, we've got shoes and I focused on female, obviously xD and more things to go. actually, I started to sell a lot of things since I'm in UiTM, I sell chocojar, takoyaki, and that's all i guess? hehe.  As you can see, this is my shop in Shopee. Basically, they've got nothing else other than my stuff that im going to sell to people. So, for those who crave for popcorn, or wants to try a new shoes, you can click on my shopee profile and choose whatever you want. RM60.00 and above will get free shipping. So don't forget to follow my Shopee and b...

kata.

benar kata orang, mulut itu lebih tajam apabila menikam, menusuk ke kalbu, di hati dan di minda manusia yang diterkam, ada kala perkara yang baik memberikan kesedaran buat semua orang kadang kala perkara yang jelik membuatkan orang lain berasa berdendam. benar kata orang, hendaklah berwaspada apabila berbicara, setiap yang ingin dikatakan hendaklah difikir sejenak, sebelum berbicara lebih baik ditapis, diolah dengan rapi dan teratur, agar perkara yang ingin disampaikan lebih jelas dan termaktub. benar kata orang, hati manusia seringkali ingin dijaga, kata-kata yang diungkapkan menjadi sakit apabila dicampur pelbagai perisa, sindiran, herdikan, kata cacian yang menjadi penambah perasa, manusia egois tidak memikirkan apa itu kesakitan hati, hati bisa mati dengan kata yang diberi wahai penghuni bumi, jagalah tutur kata, agar hubungan dapat dijaga, semoga hati dapat dirawat segala duka, kata-kata yang manis bagai bunga yang mekar.