Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2018

Salam perkenalan

Tanggal 2 Januari 2018, Telah bermula hidup yang baru pada tahun yang baharu, Membuka kisah yang baharu,  Dengan harapan tiada sedih dan pilu, Sentiasa berdoa pada yang Satu, Agar pada tahun yang baharu lebih mengajar diriku erti bersyukur. Pada keluarga yang tercinta, Semoga tahun yang baharu tiada rasa hiba, Setelah kehilangan seorang saudara, Kerana Tuhan telah berbicara, Bahawa yang hidup pasti akan kembali kepadaNya.  Pada rakan taulan,  Semoga kalian dicucuri rezeki, Mendapat pekerjaan yang diingini, Tidak melupakan diri di sini, Semoga kita berjumpa lagi, Kerana hati mulai sunyi,  Tanpa gurau senda yang sentiasa mencuit hati. Pada saudara di negara jiran, Aku sentiasa mendoakan kalian agar bertabah selalu, Semoga Islam sentiasa bersatu, Kerana Tuhan telah berjanji, Satu saat nanti kemenangan milik kami,  Kerana yang benar pasti kembali, Yang akan membantu memulihkan keadaan, Agar dunia sentiasa aman....