Skip to main content

Salam perkenalan

Tanggal 2 Januari 2018,
Telah bermula hidup yang baru pada tahun yang baharu,
Membuka kisah yang baharu, 
Dengan harapan tiada sedih dan pilu,
Sentiasa berdoa pada yang Satu,
Agar pada tahun yang baharu lebih mengajar diriku erti bersyukur.

Pada keluarga yang tercinta,
Semoga tahun yang baharu tiada rasa hiba,
Setelah kehilangan seorang saudara,
Kerana Tuhan telah berbicara,
Bahawa yang hidup pasti akan kembali kepadaNya. 

Pada rakan taulan, 
Semoga kalian dicucuri rezeki,
Mendapat pekerjaan yang diingini,
Tidak melupakan diri di sini,
Semoga kita berjumpa lagi,
Kerana hati mulai sunyi, 
Tanpa gurau senda yang sentiasa mencuit hati.

Pada saudara di negara jiran,
Aku sentiasa mendoakan kalian agar bertabah selalu,
Semoga Islam sentiasa bersatu,
Kerana Tuhan telah berjanji,
Satu saat nanti kemenangan milik kami, 
Kerana yang benar pasti kembali,
Yang akan membantu memulihkan keadaan,
Agar dunia sentiasa aman. 

Comments

Popular posts from this blog

rahsia_

rahsia. manusia sentiasa berahsia. sama ada perkara yang kecil mahupun tidak. manusia akan berahsia. rahsia. manusia akan berdiam diri. tanpa berkata apa-apa mengunci kan bibir, membatu. tiada apa yang perlu diberitahu. rahsia. satu perkara yang disembunyikan kepada seseorang yang kau tak patut ceritakan. kerana namanya rahsia. kau tidak pedulikan kebenaran seseorang yang mereka perlukan. rahsia. manusia sering berahsia. kerana tindak tanduknya yang takut dihina. kerana cara manusia yang tiada sempurnanya. akhirnya manusia berahsia. rahsia. aku juga sering berahsia. kerana manusia tidak sempurna. kerana manusia hanyalah manusia. kerana itu mereka berahsia. rahsia. manusia gemar berahsia. kerana memegang pada satu kata kata. kerana mulut badan binasa. begitu juga diri empunya. rahsia. manusia cintakan rahsia. tapi tidak apa, sedangkan tupai lagi terjatuh. apatah lagi manusia di dunia. rahsia. tetap menjadi rahsia. satu hari nanti rahsia akan t...

A big step

after a few months at home due to MCO things, I decide to open my online-shop in Shopee . As you know, Shopee is one of the marketplace where everyone can sell and buy your stuffs, no matter big or small, cute or what, essential or necessary things. people like to scroll down in Shopee App just to get whatever they want.  so, back to my topic, I sell a lot of things in my 'shop', we've got Absolute Popcorn with caramel, we've got shoes and I focused on female, obviously xD and more things to go. actually, I started to sell a lot of things since I'm in UiTM, I sell chocojar, takoyaki, and that's all i guess? hehe.  As you can see, this is my shop in Shopee. Basically, they've got nothing else other than my stuff that im going to sell to people. So, for those who crave for popcorn, or wants to try a new shoes, you can click on my shopee profile and choose whatever you want. RM60.00 and above will get free shipping. So don't forget to follow my Shopee and b...

kata.

benar kata orang, mulut itu lebih tajam apabila menikam, menusuk ke kalbu, di hati dan di minda manusia yang diterkam, ada kala perkara yang baik memberikan kesedaran buat semua orang kadang kala perkara yang jelik membuatkan orang lain berasa berdendam. benar kata orang, hendaklah berwaspada apabila berbicara, setiap yang ingin dikatakan hendaklah difikir sejenak, sebelum berbicara lebih baik ditapis, diolah dengan rapi dan teratur, agar perkara yang ingin disampaikan lebih jelas dan termaktub. benar kata orang, hati manusia seringkali ingin dijaga, kata-kata yang diungkapkan menjadi sakit apabila dicampur pelbagai perisa, sindiran, herdikan, kata cacian yang menjadi penambah perasa, manusia egois tidak memikirkan apa itu kesakitan hati, hati bisa mati dengan kata yang diberi wahai penghuni bumi, jagalah tutur kata, agar hubungan dapat dijaga, semoga hati dapat dirawat segala duka, kata-kata yang manis bagai bunga yang mekar.