satu lokasi di mana kau letakkan perasaan yang kau miliki.
di mana kau menjanjikan hati akan menggembirakan hari demi hari.
supaya dirimu sentiasa senyum bagaikan ada yang menanti
agar hati tidak dicederakan lagi
oleh manusia manusia yang tidak patut disini.
hati.
kau terkandung segala perasaan.
tetapi di dalam islam, hati merupakan tempat letaknya iman.
yang membantu engkau dalam kehidupan
sama ada kau pilih yang baik ataupun bukan.
sama ada pintu syurga atau pun neraka.
kerana hati engkau yang menentukan segalanya.
hati.
kadang kau merasa perasaan yang tidak menentu
seperti kilat sering menyabung
kau perlu menanti sama ada hujan atau pun mendung
sama ada panas ataupun sejuk
kau hanya terduduk dan mampu menunggu
untuk tersenyum ataupun berselubung
dalam selimut perasaan.
hati.
tetapkan iman mu.
jangan kau paksa dirimu di dalam kesedihan.
kerana disebalik kesedihan timbul satu kebencian
di mana ada yang menanti untuk menghuni dirimu
untuk melakukan perkara yang tidak patut
di mana kau lupa apa itu iman
kau tergadai disebabkan kesedihan
kau hilang dan lenyap.
bagaikan angin yang meniup di pipi
tetapi kau tidak sedari siapa di sisi.
Comments
Post a Comment